Video ini saya dedikasikan untuk semua orang yang telah membantu saya untuk berjaya!
Friday, July 8, 2011
Saturday, June 25, 2011
Al-Kisah Leper Empat
Leper empat, atau English nya Four Flat sudah tentu menjadi idaman rata-rata manusia yang bergelar pelajar kolej atau universiti. Rasaksa pon tak terkecuali. Rasaksa rasa sangat puas hati dan lega bila Rasaksa dapat result hari ini, dan tertulis 4.00 di ruangan CGPA :D
Rasaksa rasa macam hendak tumbuh kepak dan terbang ke awan... kemudian kepal-kepalkan awan itu dan tuliskan
Rasaksa memang rasa sangat gembira dan bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan. Rasaksa dapat banyak ucapan tahniah dari kawan-kawan dekat Facebook Rasaksa. Rasaksa sangat hargai keprihatinan anda semua. Terima kasih semua!
Tapi, disebalik kejayaan ini, Rasaka sedar siapa rasaksa. Rasaksa cuma pelajar semester 1. Baru sahaja bermula. Ada 5 lagi semester yang akan diharungi. Banyak lagi sebenarnya yang Rasaksa hendak belajar.
Pada pendapat Rasaksa, keputusan Leper Empat lebih kepada kepuasan untuk diri sendiri. Hakikatnya, Leper Empat tidak mempunyai makna yang besar dalam dunia realiti. Cuba anda fikir, Rasaksa ambil jurusan Keusahawanan. Rasaksa hendak tunjuk Leper Empat dekat siapa? Pelanggan? Pengedar barangan? Jurujual? Sudah tentu tidak! Kalau yang kerja makan gaji mungkin boleh meyakinkan boss mereka untuk ambil mereka bekerja, tetapi situasi Rasaksa nyata sekali berbeza. Tapi Leper Empat ini merupakan satu cabaran yang Rasaksa cabar diri sendiri untuk dapatkannya. Rasaksa rasa sangat puas bila rasaksa dapat mencapai sasaran Rasaksa. Perasaannya hampir sama seperti sewaktu Rasaksa menang perlumbaan kereta maya dekat komputer riba pinjaman...
Jika Rasaksa betul-betul nak berjaya dalam bidang ini, banyak lagi Rasaksa kena belajar. Rasaksa perlu belajar komunikasi, belajar urus masa, belajar selok belok perniagaan, dan banyak lagi sebenarnya. Dan untuk mengurangkan rasa tekanan, meraikan kejayaan diri sendiri sangat membantu! Rasaksa tidak mahu sejarah lama berulang lagi. Bagi Rasaksa, cukuplah sekali merasa peritnya kehidupan. Tidak perlu diulang tayang berkali-kali.
Banyak lagi tanggungjawab dan kerja-kerja yang belum selesai. Sebenarnya Rasaksa digalas dengan banyak tanggungjawab tapi Rasaksa tidak mampu hendak jalankan semuanya dengan baik. Rasaksa rasa sangat bersalah terutamanya dengan beberapa orang tertentu. Rasaksa harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Leper Empat ialah pengubat kesedihan dan segala kedukaan Rasaksa. Apa yang Rasaksa canang-canangkan akhirnya menjadi kenyataan. Walaupun begitu, Rasaksa sedikit terkilan sebab rakan-rakan Rasaksa masih ramai yang belum dapat merasai apa yang Rasaksa rasa. Rasaksa doakan semoga rakan-rakan Rasaksa akan dapat juga nikmat macam Rasaksa dapat sekarang ini. Rasaksa hendak minta maaf kalau rakan-rakan rasa terabai semasa bersama-sama berjuang. Kadang-kadang, Rasaksa terlepas pandang dan leka dengan diri Rasaksa sahaja, terlupa mahu ambil peduli hal sekeliling.
Rasaksa sangat galakkan rakan-rakan semua untuk berusaha mendapatkan Leper Empat, bukan untuk bermegah atau bukan untuk tujuan lain-lain, tetapi sebagai satu cabaran dan satu tanda aras untuk kita muhasabah diri kita. Akhirnya, tempat kita bukan disini. Tapi disinilah hala tuju kita yang seterusnya ditentukan... Amat Victor Curam.

THANK YOU MAMA AND PAPA! MY LECTURERS! MY BESTIES! MY CLASSMATES! MY COLLEGEMATES! AND EVERYONE ELSE!

Monday, June 20, 2011
Hero: Emerges out of the mission
When there is a mission, a hero will emerge soon. Hero, who execute the mission to realize the vision. Hero who have good values in achieving the goal. Nobody is a hero without a mission. Hero and their mission co exist.
Hero.
How to be a hero?
Hero.
How to be a hero?
Friday, June 17, 2011
Sakit Kepala, Sakit Jantung, Sakit hati...
sebab nak menunggu keputusan peperiksaan yang akan keluar hanya selepas 2 minggu lagi... dah lah duit pendaftaran x tau bape...
Tuesday, May 31, 2011
Cuti Semester: Penantian Suatu Yang Menyiksakan
Tahukah anda perkara yang lebih mencabar dari menjawab peperiksaan? Ya, menunggu keputusan peperiksaan. AAARRGGGHHH! bilakah keputusan akan keluar?
Thursday, April 28, 2011
Hidup dalam peperiksaan
Memang hidup kita sepanjang hayat akan ada macam-macam peperiksaan. Cuba anda bayankan hidup tanpa peperiksaan? Susah rasanya mahu tentukan tahap keupayaan dan kemahiran kita.
Cuba kita lihat peperiksaan dari sudut seorang pelajar. Apabila seorang pelajar telah melalui tempoh pengajian tertentu, maka dia akan diuji dengan peperiksaan.
Untuk pengetahuan anda semua, saya ada peperiksaan akhir semester 1.
Itu sahaja yang saya mahu tulis.

Sunday, March 13, 2011
Rasaksa simpati dengan orang jepun
Kasihan mereka semua, sudah jatuh ditimpa tangga.
Sudahlah rumah ranap dipukul ombak, loji nuklear pula memberi ancaman.
Bila rasaksa tengok CNN, memang dahsyat dugaan yang menimpa mereka.
Sebenarnya Rasaksa juga ada saudara-mara dan kawan-kawan dekat sana terutamanya Godzilla dan Ultraman. Tapi rasaksa marah sangat bila rasaksa tengok kat internet ade kartunis Berita Harian yang lukis Ultraman lari dari Tsunami.
EEEEEEEEEEEEEEEE
Tidak ada sensitiviti lagi kah orang Malaysia sekarang? Tidak kah mereka terfikir perkara sebegini menyinggung perasaan orang lain lebih-lebih lagi mereka yang sedang dalam kesusahan, terutamanya keluarga mangsa? Memanglah Jepun itu sebuah negara maju, tetapi itu tidak bermaksud mereka perlu disindir atau dihina kerana sesuatu yang diluar kekuasaan manusia untuk mengawalnya.
Cubalah ambil iktibar dari negara Jepun, walaupun negara mereka dilanda gempa bumi dan Tsunami sejak sekian lama, mereka jauh lebih maju dari Malaysia yang aman damai tenteram lagi harmoni ini (harmoni lagi ke setelah ada manusia yang mengganggu keharmonian itu?). Mereka tidak takut untuk gagal, kerana mereka yakin dengan kekuatan yang ada, mereka boleh memajukan negara mereka. Kegagalan dalam sesuatu pekerjaan bukan beerti anda gagal sepenuhnya, tetapi anda gagal jika tidak pernah mencuba.
Sifat kaizen yang diamalkan orang Jepun cukup Rasksa kagumi. Falsafah kaizen ialah ambil yang baik, buang yang buruk dan perbaharui @ naik taraf! Inilah sikap yang masih lagi kurang dikalangan orang Malaysia kita. Rasaksa harap kita semua dapat mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa Jepun ini.
ps: Rasaksa mendoakan keselamatan semua kawan-kawan dan saudara mara rasaksa disana, semoga sentiasa dalam lindungan Allah. Tidak lupa juga, takziah kepada keluarga mangsa, my deepest condelence towards the victims' families.
Subscribe to:
Posts (Atom)