Saturday, June 25, 2011

Al-Kisah Leper Empat

Leper empat, atau English nya Four Flat sudah tentu menjadi idaman rata-rata manusia yang bergelar pelajar kolej atau universiti. Rasaksa pon tak terkecuali. Rasaksa rasa sangat puas hati dan lega bila Rasaksa dapat result hari ini, dan tertulis 4.00 di ruangan CGPA :D

Rasaksa rasa macam hendak tumbuh kepak dan terbang ke awan... kemudian kepal-kepalkan awan itu dan tuliskan

THANK YOU MAMA AND PAPA! MY LECTURERS! MY BESTIES! MY CLASSMATES! MY COLLEGEMATES! AND EVERYONE ELSE!

Rasaksa memang rasa sangat gembira dan bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan. Rasaksa dapat banyak ucapan tahniah dari kawan-kawan dekat Facebook Rasaksa. Rasaksa sangat hargai keprihatinan anda semua. Terima kasih semua!

Tapi, disebalik kejayaan ini, Rasaka sedar siapa rasaksa. Rasaksa cuma pelajar semester 1. Baru sahaja bermula. Ada 5 lagi semester yang akan diharungi. Banyak lagi sebenarnya yang Rasaksa hendak belajar.

Pada pendapat Rasaksa, keputusan Leper Empat lebih kepada kepuasan untuk diri sendiri. Hakikatnya, Leper Empat tidak mempunyai makna yang besar dalam dunia realiti. Cuba anda fikir, Rasaksa ambil jurusan Keusahawanan. Rasaksa hendak tunjuk Leper Empat dekat siapa? Pelanggan? Pengedar barangan? Jurujual? Sudah tentu tidak! Kalau yang kerja makan gaji mungkin boleh meyakinkan boss mereka untuk ambil mereka bekerja, tetapi situasi Rasaksa nyata sekali berbeza. Tapi Leper Empat ini merupakan satu cabaran yang Rasaksa cabar diri sendiri untuk dapatkannya. Rasaksa rasa sangat puas bila rasaksa dapat mencapai sasaran Rasaksa. Perasaannya hampir sama seperti sewaktu Rasaksa menang perlumbaan kereta maya dekat komputer riba pinjaman...

Jika Rasaksa betul-betul nak berjaya dalam bidang ini, banyak lagi Rasaksa kena belajar. Rasaksa perlu belajar komunikasi, belajar urus masa, belajar selok belok perniagaan, dan banyak lagi sebenarnya. Dan untuk mengurangkan rasa tekanan, meraikan kejayaan diri sendiri sangat membantu! Rasaksa tidak mahu sejarah lama berulang lagi. Bagi Rasaksa, cukuplah sekali merasa peritnya kehidupan. Tidak perlu diulang tayang berkali-kali.

Banyak lagi tanggungjawab dan kerja-kerja yang belum selesai. Sebenarnya Rasaksa digalas dengan banyak tanggungjawab tapi Rasaksa tidak mampu hendak jalankan semuanya dengan baik. Rasaksa rasa sangat bersalah terutamanya dengan beberapa orang tertentu. Rasaksa harap semuanya akan berjalan dengan lancar.  Leper Empat ialah pengubat kesedihan dan segala kedukaan Rasaksa. Apa yang Rasaksa canang-canangkan akhirnya menjadi kenyataan. Walaupun begitu, Rasaksa sedikit terkilan sebab rakan-rakan Rasaksa masih ramai yang belum dapat merasai apa yang Rasaksa rasa. Rasaksa doakan semoga rakan-rakan Rasaksa akan dapat juga nikmat macam Rasaksa dapat sekarang ini. Rasaksa hendak minta maaf kalau rakan-rakan rasa terabai semasa bersama-sama berjuang. Kadang-kadang, Rasaksa terlepas pandang dan leka dengan diri Rasaksa sahaja, terlupa mahu ambil peduli hal sekeliling.

Rasaksa sangat galakkan rakan-rakan semua untuk berusaha mendapatkan Leper Empat, bukan untuk bermegah atau bukan untuk tujuan lain-lain, tetapi sebagai satu cabaran dan satu tanda aras untuk kita muhasabah diri kita. Akhirnya, tempat kita bukan disini. Tapi disinilah hala tuju kita yang seterusnya ditentukan... Amat Victor Curam.

Monday, June 20, 2011

Hero: Emerges out of the mission

When there is a mission, a hero will emerge soon. Hero, who execute the mission to realize the vision. Hero who have good values in achieving the goal. Nobody is a hero without a mission. Hero and their mission co exist.

Hero.

How to be a hero?

Friday, June 17, 2011

Sakit Kepala, Sakit Jantung, Sakit hati...

sebab nak menunggu keputusan peperiksaan yang akan keluar hanya selepas 2 minggu lagi... dah lah duit pendaftaran x tau bape...