Sudahlah rumah ranap dipukul ombak, loji nuklear pula memberi ancaman.
Bila rasaksa tengok CNN, memang dahsyat dugaan yang menimpa mereka.
Sebenarnya Rasaksa juga ada saudara-mara dan kawan-kawan dekat sana terutamanya Godzilla dan Ultraman. Tapi rasaksa marah sangat bila rasaksa tengok kat internet ade kartunis Berita Harian yang lukis Ultraman lari dari Tsunami.
EEEEEEEEEEEEEEEE
Tidak ada sensitiviti lagi kah orang Malaysia sekarang? Tidak kah mereka terfikir perkara sebegini menyinggung perasaan orang lain lebih-lebih lagi mereka yang sedang dalam kesusahan, terutamanya keluarga mangsa? Memanglah Jepun itu sebuah negara maju, tetapi itu tidak bermaksud mereka perlu disindir atau dihina kerana sesuatu yang diluar kekuasaan manusia untuk mengawalnya.
Cubalah ambil iktibar dari negara Jepun, walaupun negara mereka dilanda gempa bumi dan Tsunami sejak sekian lama, mereka jauh lebih maju dari Malaysia yang aman damai tenteram lagi harmoni ini (harmoni lagi ke setelah ada manusia yang mengganggu keharmonian itu?). Mereka tidak takut untuk gagal, kerana mereka yakin dengan kekuatan yang ada, mereka boleh memajukan negara mereka. Kegagalan dalam sesuatu pekerjaan bukan beerti anda gagal sepenuhnya, tetapi anda gagal jika tidak pernah mencuba.
Sifat kaizen yang diamalkan orang Jepun cukup Rasksa kagumi. Falsafah kaizen ialah ambil yang baik, buang yang buruk dan perbaharui @ naik taraf! Inilah sikap yang masih lagi kurang dikalangan orang Malaysia kita. Rasaksa harap kita semua dapat mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa Jepun ini.
ps: Rasaksa mendoakan keselamatan semua kawan-kawan dan saudara mara rasaksa disana, semoga sentiasa dalam lindungan Allah. Tidak lupa juga, takziah kepada keluarga mangsa, my deepest condelence towards the victims' families.